Pride Lc Club ( Plc2 ) ditubuhkan pada 22 Oktober 2008. Ketika itu ahli kelab hanya seramai 16 orang. Plc2 ditubuhkan bagi mengumpul pemilik-pemilik motorsikal Yamaha 135lc di Taiping.
Ahli-ahli kelab adalah tidak digalakkan samasekali terlibat dengan aktiviti lumba haram.
Banyak aktiviti-aktiviti yang berjaya dilaksanakan oleh kelab untuk ahli-ahli. Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan setakat ini.
Pada 23 Oktober 2008 aktiviti pertama yang dilaksanakan sebaik sahaja Plc2 ditubuhkan, ahli kelab berkonvoi dari Taiping ke Sungai Kelah.
Pada 24 Januari 2009 ahli-ahli Plc2 berkonvoi dari Taiping ke Pantai Merdeka
Pada 1 April 2009 ahli-ahli Plc2 berkonvoi dari Taiping ke Kelantan
Pada 8 Julai 2009 ahli-ahli Plc2 berkonvoi dari Taiping ke Padang Besar, Perlis
Kini ahli-ahli Plc2 adalah seramai 44 orang dan akan bertambah dari hari ke sehari. Selain dari aktiviti-aktiviti bermotorsikal ahli-ahli juga diterap dengan semangat setiakawan dengan mengadakan makan malam bersama. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan selepas ini diatas sambutan yang menggalakkan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli kelab.
0 comments:
Post a Comment