? ??????????????I Love Girls? ????? ?? ???Rating: 4.3 (9 Ratings)??32 Grabs Today. 7792 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Burning Skull of Fire? ????? ?? ???Rating: 4.7 (112 Ratings)??32 Grabs Today. 40241 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, October 2, 2009

Konvoi Ke Pantai Merdeka

Kali ini kami memilih Pantai Merdeka, Kedah sebagai destinasi konvoi. Dimana seramai 17 orang ahli plc2 terlibat dalam konvoi kali ini.


Pada 8 Februari 2009, jam 9.00 pagi semua peserta konvoi berkumpul di Unit Latihan Penjara Taiping untuk taklimat konvoi dan juga persiapan terakhir. Setelah segala persiapan diatur kami mula bergerak pada jam 1000 pagi melalui pintu masuk Plaza Tol Kamunting,Taiping.


Sepanjang perjalanan kami dapat menyaksikan pelbagai pemandangan yang indah melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Ternyata jentera Yamaha lc135 tiada masaalah untuk perjalanan jarak jauh kerana di lengkapi penyejuk cecair.


Dengan berpandukan etika konvoi yang betul dan juga marshall yang terlatih Alhamdulillah akhirnya kami selamat tiba di pintu keluar Plaza Tol Sungai Petani, Kedah dan bergerak menuju ke destinasi kami iaitu Pantai Merdeka.


Kami tiba di Pantai Merdeka pada jam 4.00petang. Keletihan perjalanan jauh kami terubat dengan keindahan pantai dan angin yang bertiup nyaman di Pantai Merdeka seperti mengalu-alukan kehadiran kami. Anggota konvoi menempah penginapan di Resort Pantai merdeka. Berbagai pengalaman indah sepanjang dua hari satu malam berada di Pantai Merdeka, antaranya kami berpeluang bermandi-manda dan pada malamnya kami mengadakan majlis BBQ.


Pada 10 Februari 2009, jam 10.30pagi kami besiap-siap untuk pulang ke Taiping. Sekali lagi cabaran terpaksa kami tempuh sepanjang perjalanan pulang.




GALERI GAMBAR KONVOI PANTAI MERDEKA